Kenangan Terakhir Bersama Ibu...



Begitu hati ini masih teringat akan kenangan tahun terakhir 2014 bersama ibuku dan keluargaku......
Al-Fatihah Buat Ramlah Binti Haji Yasit Dan Hajah Lasipah Binti Haji Abdul Ghani.....


Tahun 2014 banyak meninggalkan kenangan yang sangat bahagia, banyak aktiviti kami selaku keluarga besar (keluarga Haji Yasit) memori yang sukar dilupakan kami bersama-sama.


Impian mak nak buat Hari Keluarga Tahun 2014 akhirnya kesampaian berkat kesungguhan dan cekal aku usahakan juga untuk buat Hari keluarga walaupun hanya beberapa keluarga yang ikut serta. Itu dah Cukup buat hati mak gembira, tak sangka itulah kali pertama dan terakhir hari keluarga Haji Yasit di termeteraikan.


Bila kenangkan kembali kenangan masa tu, boleh ketawa sendiri, boleh menangis sendiri, macam2 perasan dalam kotak hati ini.
Alhamdulilah dapat juga sempurnakan impian aruah mak dan nenek untuk sama-sama kumpulkan keluarga dan satukan dalam ikatan keluarga walaupun tak ramai keluarga yang hadir.

Macam2 aktiviti untuk 2hari satu malam..... tgklah hadiah tu semua org dapat hadiah....
Terima Kasih Tak terhingga buat main sponser Haji Saadon dan Hajah Zailina untuk penginapan, makan dan karaoke. Mudah-mudahan rezeki tuan haji dan keluarga melimpah ruah...
amin....


Walaupun penginapan dalam khemah tapi mmg meriah beb...... pacak khemah dekat 15 unit, berhadapan di laut Tanjung Leman...... memang syok abis lah.....

                                                    

Muke orang bangun tido hah, anak buah kesayanganku nina dan sepupu paling rapat dengan aku aye...... 
Alhamdulilah banyak program yang aku buat semua terlaksana mengikut yg rancangkan.
orang yang paling seronok dalam program tu mestilah mak aku dan adik beradik serta sepupu2 yang tak habis2 dengan telatah dan usik mengusik

Program Hari keluarga Haji Yasit (14-15 september 2014)
Bertempat : Tunjuk Laut Beach Resort (Tanjung Leman)

Penutup dengan penyampaian hadiah dan hamper untuk keluarga yang hadir sahaja.
Itulah Pertama dan mungkin terakhir Untuk Hari Keluarga Haji Yasit.
Habis cerita untuk tahun 2014
Tahun 2015 akan di sambung tak lama lagi.....

SEKIAN..... 2014 DALAM KENANGAN....






This entry was posted on 12:24 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: