Ini paling best yang sebenarnya ada tragedi sambal goreng, kalu tak silap raya 3 tahun lepas,memang tak boleh lupa hehehehe...secara ringkasnya masa tu mak suruh aku masak sambal goreng, aku pun ok aje ar. Bila dah siap masak aku pun hidangkan untuk di jamu kami sekeluarga, sedang sedap makan tiba2 adik lelaki aku terdiam, dia pun kata garam dah habis ke mak, mak aku pun pelik dia pun kata banyak lagi ar,muka aku pun dah merah, adik pompuan aku tanya sapa yang masak, mak aku kata kakak ko lah, rupa nya aku lupa letak garam malunya.............. sbb masa aku tgh masak, tunang aku telefon, hehehe......... itulah anak dara tgh masak bergayut ambik natijahnya. Lepas tu aku sentiasa kena perli hampir tiap2 tahun aku kena perli...nasib aku ar...
kalu lodeh nie, kesukaan mak aku sbb lodeh nie kesukaan aruah atuk aku, dan raya tahun nie mak aku sedang bersedih sbb kehilangan ayah tercinta bila nampak lodeh dia akan menangis... sabar ye mak... kita orang sentiasa sayang kat mak...
Hah!! daging rendang nie memang kegemaran adik aku, kalu takde pagi raya mesti dia merajuk taknak makan, tapi kan kalu pagi raya nie istimewanya semua kegemaran adik2 aku dan termasuk aku mesti ade. terima kasih mak... sayang kat mak
Ayam masak merah adalah masakkan kegemaran kami sekeluarga, terutama adik lelaki aku iaitu pungguk (nama glomour) kalu tak kena citarasanya dia mesti masak balik ayam tu sampai tekak dia kata ok..betul2 cerewet, nasib engkau ar ina (isteri pungguk) tapi bagi aku semua sama aje janji dapat makan masakan mak aku hehehe....














