Ini paling best yang sebenarnya ada tragedi sambal goreng, kalu tak silap raya 3 tahun lepas,memang tak boleh lupa hehehehe...secara ringkasnya masa tu mak suruh aku masak sambal goreng, aku pun ok aje ar. Bila dah siap masak aku pun hidangkan untuk di jamu kami sekeluarga, sedang sedap makan tiba2 adik lelaki aku terdiam, dia pun kata garam dah habis ke mak, mak aku pun pelik dia pun kata banyak lagi ar,muka aku pun dah merah, adik pompuan aku tanya sapa yang masak, mak aku kata kakak ko lah, rupa nya aku lupa letak garam malunya.............. sbb masa aku tgh masak, tunang aku telefon, hehehe......... itulah anak dara tgh masak bergayut ambik natijahnya. Lepas tu aku sentiasa kena perli hampir tiap2 tahun aku kena perli...nasib aku ar...


kalu lodeh nie, kesukaan mak aku  sbb lodeh nie kesukaan aruah atuk aku, dan raya tahun nie mak aku sedang bersedih sbb kehilangan ayah tercinta bila nampak lodeh dia akan menangis... sabar ye mak... kita orang sentiasa sayang kat mak...


Hah!! daging rendang nie memang kegemaran adik aku, kalu takde pagi raya mesti dia merajuk taknak makan, tapi kan kalu pagi raya nie istimewanya semua kegemaran adik2 aku dan termasuk aku mesti ade. terima kasih mak... sayang kat mak


Ayam masak merah adalah masakkan kegemaran kami sekeluarga, terutama adik lelaki aku iaitu pungguk (nama glomour) kalu tak kena citarasanya dia mesti masak balik ayam tu sampai tekak dia kata ok..betul2 cerewet, nasib engkau ar ina (isteri pungguk) tapi bagi aku semua sama aje janji dapat makan masakan mak aku hehehe....



Dulu masa first time belajar buat ketupat selalu kena marah dengan mak sbb asyik tak jadi aje ketupat, tapi alhamdulilah berkat kesabaran dapat gak buat ketupat dan lepat,setakat 100 biji petik jari aje.hehehe.... eksyen plak....


sebenarnya ketupat palas mcm senang aje buat bebanding ketupat biasa
cuma kena skill gak nak buatnya kalu tak terburai jawabnya isi dalam daun palas tu.


Senyum itu untuk kegembiraan

Senyum itu untuk semua makhluk tuhan

Senyum itu persahabatan


Senyum itu Menunjukkan Keikhlasan



Senyum itu Tanda Kemesraan



Senyum itu tanda sedekah

Hadis Rasulullah S.A.W menyatakan 'Senyum itu sedekah' adakah kita boleh bilang berapa kalikah kita senyum dalam sehari? Adakah semasa bangun dari tidur kita akan senyum? Jawapan nya senyumlah kerana kita tidak akan tahu bilakah kita akan kembali tersenyum dengan ikhlas.. 

Dengan senyuman kita akan disayangi, dengan senyuman juga kita akan disukai, dengan senyuman juga kadang kala kita akan dimusuhi. Ini kerana tidak semua yang kita buat disukai oleh semua orang.. Sesuatu yang baik juga kadang kala bisa disalah ertikan oleh manusia yang hatinya tidak pernah ikhlas. 

Jika satu hari kita terlupa untuk senyum maka ingat kan diri kita bahawa kita sudah lupa untuk bersedekah. Akan tetapi awas senyuman juga kadangkala boleh menjadi racun yang cukup berbisa kepada kita. Dengan senyuman boleh membuatkan si teruna suka akan si dara, dengan senyuman juga si dara terpesona dengan si teruna. Akan tetapi senyuman yang diberikan seorang guru kepada muridnya dan juga senyuman yang diberikan seorang murid kepada gurunya itu lah seikhlas2 senyuman yang lahir dari 2 insan yang diciptakan memerlukan antara satu sama lain.. 

Dalam sebuah keluarga juga peranan senyuman amat lah penting, ini kerana seorang bapa yg tidak senyum kepada anaknya maka dia bukanlah seorang bapa yang mesra dan pemurah. Setiap anak akan menjadikan bapanya idola kepada diri mereka kerana bagi mereka bapa adalah ketua keluarga yang unggul kepada anak2. Tapi jangan dilupa pada masa kini banyak bapa yang lari dari tanggung jawab mendidik dan juga membesarkan anak2. Oleh itu marilah kita semua sedar personaliti yang baik datangnye dari keluarga yang baik... . 

Jadi wahai sahabat2ku yang dikasihi sekalian,mulakanlah hari kita dengan senyuman,percayalah hati kita yang sakit akan terubat apabila sebuah senyuman kita dibalas dengan senyuman yang penuh ikhlas dari insan yang hatinya luhur,suci...
Itulah senyuman,penawar hati malah semudah-mudah jalan sedekah yang boleh kita lakukan setiap hari..
amalkanlah wahai teman-temanku...tapi biarlah senyuman manis kita kena pada tempatnya agar jauh dari fitnah hati dan lain-lain..

Insyallah...




hah! nie nak citer kalu rumah mcm nie aku nie bukan nak berlagak tapi entah ar lagi dulu aku mmg tak berapa minat rumah pangsa, aparment atau kondo, entah ar bagi aku biar hari2 dapat pijak tanah dari duduk atas angin aje, minta maaf ar kalu yang terasa hati ok

kalu aku dapat tanah 1 lot confirm aku buat rumah mcm kat atas, nampak tak terlalu besar dan tak terlalu kecil antara rumah idamanku 


Tiba-tiba aku boleh berangan tentang rumah idamanku.  Tapi sekadar angan-angan, mana tau angan2 boleh jadi realiti bak kata perpatah tuah ayam nampak kat kaki,tuah manusia sapa yang tau kan.. kalu nak tau inilah rumah yang aku idam-idamkan



Biskut Coklat

Tatt Keladi

five Star

Antara Biskut kegemaran aku adalah di atas, ada banyak lagi tapi tak sempat ambik lah, tapi aku suka biskut lama2 susah nak dapat sekarang kecuali atok2 yang masih kuat lagi nak buat kuih aku rasa atok korang pun sama kan. 


Hari ini aku baru nak memulakan blog ini atas bantuan my friend tg wai..
kepada sesiapa yang sudi berkawan dengan aku salam perkenalan, atau sesiapa yang sudi berkongsi cerita nyiru tapak tangan, stadium Bukit jalin hamba tadahkan...
hehehe...